Ciri-ciri stesen Stesen_LRT_Taman_Jaya

Lokasi

Stesen Taman Jaya terletak di sepanjang Persiaran Barat berhampiran simpang Lorong Sultan di utara Seksyen 52 Petaling Jaya, Selangor. Selain Seksyen 52, stesen ini juga terletak tidak jauh dari Seksyen 9 Petaling Jaya, pusat membeli-belah Amcorp Mall, restoran A&W, Menara Yayasan Selangor, Menara PJX HM Shah, Mahkamah Majistret Munisipal Petaling Jaya, ibu pejabat Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Jabatan Meteorologi Malaysia Petaling Jaya, bagunan PKNS Petaling Jaya, Dataran Petaling Jaya, taman rekreasi Taman Jaya, dan Gereja Anglikan St Paul.

Pelan stesen

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
KJ Arah Timur Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (KL Gateway-Universiti)
KJ Arah Barat Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (Asia Jaya)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
L1Aras legarMesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan kedai serbaguna
GAras tanahPintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat:aras platform, aras legar dan aras tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[2]

Perkhidmatan bas

Bas RapidKL laluan T640 dan bas PJ City laluan PJ02 berkhidmat di stesen ini.